0

Perkhemahan

Rumah Api Tanjung Tuan

Rumah Api Tanjung Tuan

Tanjung Tuan terletak di sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Lokasinya berdekatan Casa Rachado Beach Resort Port Dickson dan Ilham. Tapak perkhemahan yang dituju pada 24 Nov lalu terletak dalam pengawasan Maritim Malaysia. Di puncaknya terdapat rumah api. Dikatakan ia merupakan rumah api yang dibina sejak zaman penjajah. Semua peserta perkhemahan adalah kenalan baharu saya melainkan dua orang.

Sebelah malam, saya hanya sempat lelap sehingga jam 2.30 pagi. Gigitan nyamuk menyebabkan saya berjaga sampai Subuh. Saya ambil kesempatan duduk di kerusi tempat Jaga, seolah-olah saya pula bertugas sebagai Jaga. Suatu hal yang melucukan apabila sekumpulan pelajar melakukan akktiviti Night Walk bertanya kepada saya, “Adakah kami boleh naik ke puncak?” Saya jawab, “Saya tidak pasti. Jarak antara tapak khemah kami ke Rumah Api Tanjung Api hanya 300 meter. Mungkin pada sebelah malam ada Jaga yang bertugas d pos kawalan tempat parkir sebelum ke Rumah Api. Saya tidak pasti.

jejak hutan

Jejak hutan

Pada sebelah pagi hari kedua, kami menjalankan aktiviti jejak hutan. Sempat juga singgah di Monkey Bay. Tiada antara kami yang jelira mandi laut kerana lumutnya. Kami tidak pula diberi peluang mandi di tempat biasa pengunjung lain mandi di tepi tapak perkhemahan. Agenda perkhemahan disusun sebegitu untuk pengisian lain yang lebih signifikan dengan objektifnya. Apa pun tiada antara kami yang kesal dengan ketetapan ini.

Monkey bay

Monkey Bay

Perkara yang tidak dapat dilupakan sepanjang perkhemahan ini adalah parut pada dahi antara dua kening. Hendak jadi begitu apabila saya memasak telur kicap. Tiba-tiba letupan kecil dari telur menyebabkan kicap panas mengenai kawasan tersebut. Perkhemahan tamat jam 12.00 tengah hari. Saya tiba di Bandar Baru Bangi jam 1.30 petang.