0

Kama tadiinu tudaan

Pada 27 Sept. 2012, saya membayar satu pinjaman kepada agensi pembiayaan pendidikan. Malangnya saya semacam menghadapi disleksia ketika memasukkan nombor MyKad. Nombor yang sepatutnya berada di depan tersalah taip ke belakang. Culang caling jadinya. Saya ke laman web agensi berkaitan dan membuka tiket aduan. Aduan seperti dalam Piagam Pelanggan Agensi adalah tujuh (7) hari. Pada hari keenam, pegawai Agensi menghubungi saya. Saya katakan Pegawai CIMB akan menghubungi pegawai Agensi kerana saya juga sudah membuat laporan di CIMB. Kemudian Pegawai Agensi tidak merumuskan apa-apa tindakan yang akan diambilnya sama ada akan memaklumkan saya isu itu dapat diselesaikan atau tidak. Dia seperti mahu tunggu dan lihat sahaja. Selepas dia menghubungi saya, saya semak tiket aduan dan statusnya sudah ditutup. Tiada sebarang nota Agensi di bahagian kemas kini status. Disebabkan tiket tersebut ada ruang kemas kini, saya masukkan nombor tiket aduan CIMB agar komunikasi pegawai Agensi dan CIMB berjalan lancar.

Dua hari kemudian, kes masih belum diselesaikan. Bermakna Continue Reading