0

Saya dan dobi

Sekali saya hantar pakaian ke dobi. Apabila dipulangkan, saya dapati dua pasang stokin hilang. “Puan fikir berapa harga dua pasang yang hilang?” Diam.

“Harganya sama dengan dua pusingan lagi saya hantar pakaian ini.” Diam.

Berikutnya apabila rakan serumah saya berkunjung ked obi tersebut, dia dapati saya hanya menemani rakan itu. Saya sudah semacam berdendam dengan puan dobi itu kerana kecuaian kerja anak buahnya.

Saya cari alternatif agar saya dapat basuh sendiri pakaian. Hendak basuh di rumah tidak efektif. Selain tiada mesin basuh, rumah pangsa itu sebenarnya tidak mendapat limpahan mentari. Tidak mungkin saya akan guna cara menjemur di tempat gelap dan kemudian menyebur Fabreez untuk menghilang hapaknya. Saya temui satu premis dobi DIY. Bermakna mereka yang berkunjung ke dobi itu perlu basuh sendiri. Dan kemudian keringkan sendiri. Kemudian, jika malas menggosok perlu upah penjaga kauter menggosoknya. Caj membasuh RM3 selama 30 minit. Caj kering RM3 selama 40 minit. Dan itulah yang biasa saya buat. Gosok sendiri di rumah.

Apa yang perlu hanya kesabaran menunggu giliran jika bertandang pada hujung minggu. Jika berkunjung selepas waktu kerja misalnya, sekitar jam 9.00 malam waktu menunggu tidak lama. Pelanggan perkhidmatan dobi DIY ini tidak gemar membasuh pada waktu malam. Saya fikir. Keadaan ini menyebabkan saya terlepas ruang waktu bersantai atau membuat pembacaan atau merekayasa karya-karya. Apabila saya fikir, tidaklah merugikan sangat jika hanya satu malam yang diganggu urusan dobi daripada terus diselubung rasa kesal pada kerja orang lain terhadap pakaian saya.  Continue Reading