0

5 jenis orang bersolat

Sheikh Ali Soleh

Sheikh memulakan kuliah dengan berkata, “Bersyukur kita kerana masih dihidupkan Allah setelah dimatikan. Doa bangun tidur yang kita baca tidak mengandungi kalimah tidur, tetapi kalimah mati. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami.”

Kemudian sheikh berkongsi rahsia tidur orang yang berwuduk. Katanya, “Roh orang wuduk sebelum tidur naik menembusi langit ketujuh. Roh itu sujud di hadapan Allah. Sepanjang tidur, ada malaikat duduk di dada sambil berdoa: ‘Ya Allah, ampunilah dia. Rahmatilah dia.’ Sehingga orang itu bangun semula. ”

Kemudian sheikh berkongsi kisah dosa manusia. Bahawa manusia lupa akan dosanya. Tetapi Allah tidak pernah lupa. “Beberapa hari lalu diadakan pesta tahun baru di Jakarta. Berlaku banjir besar di Jakarta. Sebelum ini banjir hanya berlaku di kampung orang miskin. Sekarang banjir di kampung orang kaya. (Apakah ini tidak bermaksud banjir itu disebabkan maksiat kepada-NYA?).

“Satu lagi kisah yang baru terjadi di Syiria. Seorang lelaki tua mempunyai empat anak. Rumahnya diserbu tentera Bashar. Tentera itu mengikat anak-anaknya dan mahu membunuh mereka. Dia merayu sambil mencium kaki tentera agar tidak dibunuh semua. Jika mahu, jangan dilakukan di hadapannya. Tetapi rayuan itu tidak diendahkan. Semua anaknya ditembak di hadapan matanya. Orang kampung datang memberi takziah. Dia tidak mahu menerima takziah. Lalu diceritakan kisahnya.”  Continue Reading