0

Stevia


Jumaat minggu ini saya ke Pulau Meranti. Menjadi kebiasaan saya bertukar-tukar tempat berjumaat. Ada kala di Masjid Besi, Putrajaya. Ada kalanya di Masjid Putra. Dan kebanyakannya di Masjid Balai Bomba Cyberjaya. Cuaca Jumaat ini panas seperti biasa dan suhunya lebih panas daripada tahun-tahun sebelumnya. Kemarau dengan suhu melebihi 37 darjah C seperti ini dijangka berlarutan beberapa bulan meski diselangi hujan sekali-sekala.

Di luar masjid, seorang pengusaha Stevia meletakkan sampel teh Stevia. Saya mengambil satu sampel dan meminum segelas teh Stevia. Seperti yang kita maklum, Stevia adalah herba dalam famili Asteraceae. Pemanis pada herba ini dikenali sebagai Rebaudioside-A. Manisnya 200 hingga 300 kali ganda gula biasa. Pokok ini ditanam secara komersil di Jepun lebih dua dekad. Pengusahaan Stevia di Malaysia belum sampai sepuluh tahun. Minum seteguk air tatkala terik mentari membahang di kepala memang melegakan. Sama seperti leganya saya menjawab beberapa soalan, “Mengapa saya tidak Berjaya daftar dalam sistem tuan?” Akan soalan itu saya jawab, “Semakan mendapati nombor Mykad tuan tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.” Ketika bertugas, saya dibenarkan akses langsung dalam sistem semakan JPN. Entah mengapa dua hari kebelakangan ini terdapat lima sosok yang memegang nombor MyKad tidak sah. Apakah mereka ini terlibat dalam sindiket pemalsuan MyKad? Mujur sahaja apabila saya menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih SPR, rekod mereka tidak wujud. Nah, lihatlah apa akan jadi jika sebaliknya.

Saya kagum dengan usaha usahawan kecil seperti penjual teh Stevia di luar masjid. Dari segi pembungkusan, ia dibungkus ringkas. Daunnya tidak diletak dalam tea bag seperti uncang teh yang biasa kita lihat. Harganya RM15 yang saya maklum sesuai untuk sebulan. Jika anda lebih berkemampuan, mungkin pilihan produk syarikat SteviaSugar sesuai untuk anda. Mungkin kita perlu berterima kasih kepada Stevian Biotechnol yang membawa masuk Stevia ke Malaysia pada tahun 1990-an. Syarikat ini telah diambil alih Pure Circle. Apakah kebaikan pemanis ini? Ia dikatakan mujarab untuk pesakit Diabetes. [Rujukan:di sini] Kita tidak perlu sangsi jika bertemu maklumat keburukan Stevia dalam internet. Hal ini kerana sebelum FDA di US meluluskan Rebaudioside-A, dari segi politiknya mereka cuba merendah-rendahkan produk dari negara lain.

Adakah anda tahu? Sebuah syarikat berkaitan Stevia disenarai hitam daripada menganjurkan pelaburan oleh BNM? Sila semak di sini.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *