0

Sembang Puisi bersama pemenang utama HSKU

Sembang Puisi bersama pemenang utama Hadiah Sastera Utusan 2013

sp_1

Sembang Puisi bersama pemenang utama Hadiah Sastera Utusan 2013 dianjurkan oleh kumpulan karyawan luar nagera (GLKN) bersama Belia IKRAM Putrajaya. Program berlangsung di pejabat IKRAM Putrajaya bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Panel terdiri daripada Dr. Shamsudin Othman, Fahd Razy dan Ainunl Muaiyanah. Moderator program ialah Muhammad Zaim Bin Mohamad Yusoff.

Program dijalan secara santai dengan perkogsian ilmu bantu penulisan puisi, deklamasi, bedah karya oleh audien, dan ulasan karya oleh pemilik karya.

Dr. Shamsudin Othman lewat karyanya Sekuntum Mawar di Taman Al-Mubarak mengemukan satu bentuk puisi pengkaedahan Melayu. Teori Pengkaedahan Melayu diperkenal oleh Prof. Dr. Hashim Awang. Beliau mengakui dengan latarnya yang mesra dengan pendidikan pondok, mesej dalam karya diadun dengan menggunakan pendekatan Islami yang berpaksi kepada jati diri Melayu itu sendiri.

Ramadhanku

kerana kau adalah

sekuntum mawar di taman al-mubarak

aku ingin menjadi rama-rama

bersayap insaf

yang terbang ke negeri cinta

Rama-rama dalam kaca mata Barat adalah suatu yang bersifat negatif. Rama-rama sinonim dengan perempuan jalang. Tetapi dalam alam Melayu, rama-rama membawa erti tuah. Misalnya rama-rama masuk ke rumah difaham dalam alam Melayu sebagai tetamu ingin bertandang – rezeki akan datang juga. Hal ini menjadikan apabila tetamu datang, tuan serumah sekehendak hatinya akan menyediakan sesuatu untuk menjamu tetamu.

Manakala Fahd Razy pula memenangi hadiah melalui karya Nota Renyuk Kepada Al Assad II. Puisi ini adalah sebuah puisi revolusi yang menekankan sejarah, sambil melontarkan mesej kemanusiaan. Fahd Razy menyorot kekejaman Assad sambil mengemukakan sejarah pemerintahan keluarga Assad. Sebuah pertanyaan dinyatakan seperti berikut

Malam terbakar tuan Basyar, cerita apa

yang dikisahkan lewat tidur anakmu?

masih tentang Al Assad yang memberhalakan legasi

atau ini, tentang kami

api pejuang yang merentungkan dinasti

Satu lagi karya yang dimenangi peyair perempuan berjudul Berbagi Puisi. Jika dibanding dengan dua lagi karya, puisi Ainunl Muaiyanah adalah karya terpendek.

“Hari ini, apakah kau punya

Kata-kata untukku, saudara?”

Pertanyaan jiran bilikku

Dari balik dinding batu

“Kata-kata sudah terlalu laris

Aku tidak punya walau sebaris.”

Dindingku berdiam memberi bunyi

Fikirku, dia membeli kata dari sunyi

Hari Ini, kami tidak berbagi puisi,

Seperti waktu payah dan sepi

Menurut Ainunl Muaiyanah, puisi ini adalah puisi patah hati. Kerana ingin melawan rasa itu, lahirlah Berbagi puisi. Menurut Dr. Shamsudin, kekuatan Berbagi Puisi adalah dari segi susunan kata dan pemilihan perkataan.

sp_2

Penulis D.U.B.L.I.N

Penulis D.U.B.L.I.N

 

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *