0

Sebuah jambatan

Saya biasanya menggunakan laluan menyusuri Wisma Putra – Sungai Merab – Bandar Baru Bangi bagi mengelakkan macet . Jika saya melalui jalan hadapan, kenderaan menyiput pada dua tempat iaitu di susur keluar UPM – Sungai Besi dan Kajang Silk. Jalan hadapan jaraknya 21 kilometer, manakala jalan belakang enam kilometre lebih jauh. Perjalanan purata 1000 kilometer sebulan adalah perkara biasa setelah saya ditugaskan di pejabat sebuah agensi kerajaan. Premisnya berhampiran Pusat Inovasi TM, Cyberjaya. Kira-kiranya setahun lalu, bermula Mei hingga Ogos 2011 saya hanya ditugaskan di pejabat yang bertempat di UPM. Jarak antara UPM dengan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi hanya 10 kilometer. Selepas raya, lokasi pejabat dan pusat data syarikat berubah. Majikan saya berpindah ke C2, Cyberjaya.

Setiap kali melalui Jambatan Seri Wawasan, ada suatu perkara menarik. Jambatan sepanjang 240 meter ini merentasi Tasik Putrajaya mula dibuka pada tahun 2003. Setiap kali saya melaluinya, ada sahaja orang bergambar. Mereka biasanya membelakangi Masjid Putra. Mereka kadang-kadang pelancong asing. Tetapi kebanyakannya adalah pasangan pengantin atau bakal pengantin baharu. Saya terfikir, “Inikah suatu cara mengabadikan detik-detik indah?” Mungkin bagi mereka atau jurufoto tersebut, suasana dari Jambatan Seri Wawasan itu menarik. Biarlah mereka dengan urusan mereka, asal sahaja setiap pemandu yang melihatnya sekilas atau berlama-lama tidak leka sehingga berlaku kemalangan di jambatan tersebut.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *