0

Rekreasi

13 Okt. Jam 5.45 pagi peserta sudah siap siaga untuk berjemaah Subuh. Mereka adalah anak-anak penghuni Intana Ria 2 yang diraikan. Pengurusan Surau As-Sumayyah bersetuju menaja rekreasi mereka di Sungai Congkak, Hulu Langat.

Usai solat Subuh, Ustaz Mukram selaku Imam memberi tazkirah ringkas. Beliau mengajar beberapa doa sebelum musafir. Dia berkata, “Jika mahu selamat dalam perjalanan, bacalah surah Quraisy.” Dia pun mengajar doa panjang bagi mereka yang meninggalkan rumah agar selamat agamanya, hartanya, anaknya dari gangguan syaitan dan kejahatan lain dari manusia.

Hj. Jumaat, Pegawai Polis pencen menjadi ketua perjalanan. Beliau sangat disiplin dengan masa. Jam 6.45 pagi, bas bergerak seperti yang dijanjikan. Seorang peserta yang terlewat menghubungi beliau jam 6.50 pagi tetapi tidak diambil tindakan patah balik. Saya dan sesiapa sahaja tiada masalah dengan hal ini. Pastinya anak kecil itu akan ingat sampai bila-bila akan kelewatan tersebut. Semoga dia menjadi seorang yang berdisiplin dengan waktu selepas ini.

Peserta terdiri daripada pelajar berumur 9 hingga 15 tahun. 16 lelaki dan sepuluh perempuan. Kami tiba di Sungai Congkak jam 7.30 pagi. Urus Setia Makanan sudah bersedia dengan menu sarapan pagi. Selepas bersarapan, kami sama-sama senaman ringan dan kemudian mandi. Jam 9.30 pagi, hujan mulai turun. Kepala air melanda. Semua peserta dan pelawat lain juga terpaksa berpuas hati dengan ruang waktu yang singkat. Tiada aktiviti di sungai. Kami beralih kepada aktiviti permainan. Bermain bola tampar (tanpa jaring) dalam rintik hujan. “Tidak demam?” tanya seorang peserta. “Jika hujan di pedalaman, ia tidak bahaya seperti hujan bandar. Insya-Allah, tiada hujan asid di sini.” Jawab saya.

Jam 2.00 petang, kami bertolak balik.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *