0

Reka bentuk web

Mashable Inc (Mashable) mengisytiharkan tahun 2013 sebagai tahun reka bentuk responsif (RBR). Idea RBR dicetuskan oleh Ethan Marcott pada 25 Mei 2010 dalam artikel berjudul Responsive Web Design, A List Apart. Pada tahun 2011, beliau membukukan idea ini dengan tajuk sama. Majalah .Net menyenaraikan RBR sebagai reka bentuk kedua terbaik tahun 2011 selepas reka bentuk progresif. Pada awal tahun 2011, saya berada dalam pasukan pembina portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK). Pada masa tersebut, kami menggunakan Liferay CE 5.3.1. Salah satu keperluan pegawai kementerian adalah laman web boleh dilayari dengan menggunakan telefon pintar. Pada ketika catatan ini ditulis, portal rasmi KPDNKK menggunakan menggunakan versi 6.0 EE. Beza Antara versi CE dan EE adalah pada jenis pelesenan dan servis selepas jualan oleh pasukan LIFERAY.

Reka bentuk responsif memerlukan pemahaman terhadap empat perkara iaitu:

  • HTML5
  • CSS3
  • Media Query
  • Reka bentuk

Ada soalan seperti berikut. Apakah beza antara reka bentuk responsif dengan reka bentuk lain? Reka bentuk bukan responsif memerlukan talaan semula (redirect) alamat URL sama ada menggunakan subdomain seperti m.example.com atau pemisahan kod pengaturcaraan (domain path extension) seperti example.com/mobile. Manakala RBR akan memaparkan kandungan laman web mengikut perkakasan yang diguna tanpa mengubah alamat URL laman web.

Buku yang dicadangkan untuk rujukan

Buku yang dicadangkan

Buku yang dicadangkan

 

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *