0

Ramainya

pancing

Mana ikannya?

Suatu hari sahabat serumah mengajak saya ke Pertandingan Memancing anjuran sebuah kementerian dan beberapa agensi kerajaan. Tasiknya terletak berdekatan Istana Budaya/Pustaka Negara, KL. Kami tiba sepuluh minit lebih awal dari waktu mula. “Bagaimana ikan dapat dinaikkan jika dengung lagu macam ni?” tanya seseorang di sebelah saya. Tiada jawapan. Tiba-tiba dengar jeritan (hiruk-pikuk) peserta melihat kelibat salah seorang daripada kami memulas motor pancing. Gayanya seperti mendapat ikan besar. “Tarik! Tarik! Tarik….!” Akhir sekali disusuli ketawa. Yang naik bukan ikan. Kailnya tersangkut pada lumut di dasar tasik.

Sejam sebelum waktu tamat, diadakan majlis cabutan bertuah. “Nombor 3165.” Kata juruheboh. “Eh, sampai tiga ribu. Macam ni?” tanya saya kepada sahabat. Sekilas pandang, saya memang tidak percaya penyertaan mencecah tiga ribu. “Cuba tengok nombor pada tag nama peserta. Dalam beg cenderahati ada juga nombor pada kertas atur cara.” Jawab sahabat itu. “La, patutlah ramai semacam.” Saya lihat pada kertas aturcara, “5120!” Pada hari itu kami pulang sejam sebelum tamat pertandingan. Memang tidak berbaloi langsung berhabis duit membeli pancing. Tiada di kalangan kami berempat mendapat ikan. “Nasib baik aku beli pancing murah sahaja.” Kata saya kepada sahabat-sahabat.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *