Profil

Profil ringkas

Nama sebenar Naimisa Yusof ialah Mohamad Hanafi Bin Isa. Dilahirkan di Kg. Telaga, Kuala Berang, Hulu Terengganu tanggal 19 Mei 1982. Mula mengorak langkah seni pada tahun 2004 setelah memenangi tempat pertama Pertandingan Menulis Esei SIRIM – Dewan Kosmik. Pernah menempatkan karya dalam majalah Dewan Kosmik, Dewan Ekonomi, Majalah i, E-Sastera.Com, Mingguan Malaysia, Harakah. Penerima HADIAH KARYA KENCANA 2005/2006 – KATEGORI EKONOMI & PERNIAGAAN-DEWAN EKONOMI DIS.2005:BIOTEKNOLOGI.
Penulis pernah mengikuti Bengkel Penulis sempena Bulan Bahasa dan Sastera (BBSN) 2005 anjuran DBP.  Cerpen pertama Selamat Datang Lin Yuang disiar dalam Berita Minggu, 16 Ogos 2006. Novel pertama beliau Rahsia Sebuah Manuskrip diterbit pada tahun 2009.

Download (PDF, 485KB)

Kongsi artikel ini..Share on Facebook1Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *