0

Prabajet 2013

Pecahan sumber bajet

Sumber: Refsa.org

Menurut Unctad’s World Investment Report 2009, aliran langsung keluar pelaburan asing (FDI) pada 2007 ialah USD2.7 bilion manakala pada 2008 nilainya meningkat kepada USD6.0 billion. Pada 15 Februari 2012, Berita Bernama berjudul Direct Investment Posts Net Outflow of RM7.9 billion. Melaui pengamatan saya, statistik rasmi kerajaan melalui MITI hanya memaparkan aliran FDI masuk. Tiada statistik aliran FDI keluar. Entah mengapa? Terkini, Global Competitiveness Report meletakkan Malaysia pada tangga ke 25 iaitu jatuh empat anak tangga dari tahun sebelumnya. Saya petik para dalam laporan GCR,

Following improvements in last year’s Report, Malaysia maintains its score but drops four places as other economies move ahead. The most notable advantages are found in Malaysia’s efficient and competitive market for goods and services (11th) and its remarkably supportive financial sector 6th), as well as its business-friendly institutional framework. In a region where many economies suffer from the lack of transparency and the presence of red tape, Malaysia stands out as particularly successful at tackling those two issues. Yet, despite the progress achieved, much remains to be done to put the country on a more solid growth path. Its low level of technological readiness (51st) is surprising, especially given its achievements in other areas of innovation and business sophistication and the country’s focus on promoting the use of ICT. Lack of progress in this area will significantly undermine Malaysia’s efforts to become a knowledge-based economy by the end of the decade.
(Rujukan: Halaman 28 & 29, The Global Competitiveness Report 2012-2013

28 Sept. 2012, belanjawan 2013 akan dibentangkan. Apakah belanjawan kali ini akan mengurangkan jumlah defisit tahun-tahun sebelumnya? Lebihan belanja 2012 setakat ini RM46 bilion. Apakah rakyat terbanyak mendapat faedah daripada rangsangan ekonomi dengan kenaikan harga RON97 terakhir 16 Sept. 2012? Menurut pemahaman saya yang layman ini, 30% pendapatan negara datang dari Petronas. Sumber dipercayai mengatakan rizab minyak dan gas negara bertahan selama 20 tahun sahaja. Sebab itu banyak pihak mula membuka mata pada sumber tenaga diperbaharu seperti biojisim, biodiesel dan tenaga suria. Selain itu, pendapatan negara berpunca daripada cukai. Hakikatnya 77 peratus pekerja di Malaysia memiliki SPM atau kelulusan yang lebih rendah. Hal ini menjadikan mereka tidak layak membayar cukai. Maka bolehlah dikatakan pelaksanaan GST sebagai suatu cara pukul rata agar semua orang membayar cukai. Dan bagaimana produk dan perkhidmatan dapat dilandaskan dalam landasan munasabah dengan kemungkinan pelaksanaan GST? Sama-sama kita tunggu belanjawan 2013.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook1Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *