0

Perjalanan

“Kita mahu lalu jalan mana?” tanya dia.
“Kita cuba jalan Kuala Pilah.” Jawab aku.
Maka kami keluar susur selepas Tol Karak.
“Ini sudah mahu ke Temerloh!” kata dia. Dia sedikit marah.
“Aku pun sudah lupa simpang ke Kuala Pilah. Kita patah balik. Berhenti solat dulu di Masjid Karak.” Kataku.
Maghrib itu kami jamakqasarkan dengan Isyak. Kemudian keluar pula ke LPT. Dia cari jalan menggunakan GPS. “Cuba lihat E6, jalan kuning itu yang kita mahu ikut.”
Aku lihat jalan biru yang menandakan LPT, da nada jalan kuning sebagai alternatif.
“Kampung Rasia yang rahsia.” Aku kata.
Tidak pernah aku nampak papan tanda ke kampung ini sepanjang perjalanan menyusur LPT berhampiran MRSM Bentong.
“Ah, kita sudah terlepas.” Dia sedikit kecewa.
“GPS ini salah atau memang kita tidak perasan?” kataku.
“Dua-dua orang perhati tengok. Ini GPS tipu!”
Diam.
Dan kenderaan merangkak perlahan dalam perjalanan panjang.
Kami bermula jam 10.30 pagi dari Kuala Terengganu.
Tiba di Bangi jam 12.15 pagi keesoakannya.
Oh, perjalanan yang panjang.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *