0

Penyerahan buku audio

dns5
18.5.2015 KUALA LUMPUR. Sekumpulan anak muda yang kreatif berjaya menyiapkan buku audio dan diserahkan kepada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) di Kompleks MAB hari ini. Buku audio untuk koleksi seumpamanya di Perpustakaan MAB dibuat berdasarkan karya asal Naimisa Yusof berjudul Mengertilah Adikku.

Sesi pendengaran dan penyerahan buku audio dihadiri oleh beberapa orang kakitangan MAB, moderator program SKALI Employability Enhancement Program (SEEP) – Aidi Rafizal, dan ahli kumpulan SeePRO. SeePRO terdiri daripada graduan IT seperti berikut:

  1. Aiman Hafiz Bin Mohd Sam
  2. Nur Ain Binti Che Musa
  3. Izuan Hezri Bin Mohamed
  4. Mohd Faizal Bin Badron
  5. Norhafika Binti Yusof
  6. Siti Nadzirah Binti Jafar
  7. Siti Badriah Binti Masuri
  8. Siti Fazwani Binti Ali Mohd
  9. Fatimah Najla Binti Mohd Abdul Aziz
dns1 dns2
dns3 dns4

Menurut Aidi Rafizal, β€œMasterpiece buku audio ini juga sebahagian daripada cadangan Social Business yang akan dimohon dananya melalui agensi kerajaan. β€œ Pihak MAB berpuas hati dengan penghasilan buku audio seumpama ini kerana berbeza dengan buku audio sedia ada yang pernah dirakam oleh sukarelawan. Respon SeePRO melalui Aiman Hafiz Bin Mohd Sam terhadap komen pihak MAB, β€œHal ini kerana buku ini dibuat secara berkumpulan. Jadi kami boleh pelbagaikan suara latar untuk watak-watak berbeza. Begitu juga dengan kesan bunyi dalam buku audio ini.”

Sebarang pertanyaan berkaitan projek buku audio ini boleh dimajukan kepada saudara Faizal (013-4893349). Tahniah diucapkan kepada pasukan SeePRO!

Kongsi artikel ini..Share on Facebook19Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *