0

Penjaga pagar

Ini kisah sahabatku.

Dia punya seorang isteri. Bertugas dengan sebuah kementerian. Isterinya ditempatkan di sebuah negeri yang jauh dari negeri tempat dia bekerja. Setiap dua minggu, dia akan pulang pada hari Jumaat. Kemudian kembali pada hari-hari kerja bersama kawan-kawan bujang. Suatu hari dia bertemu seorang kenalannya. Pemuda (kenalannya) adalah senior ketika dia bersekolah menengah dahulu. Dikhabarkan dia menceritakan kesulitannya. “Saya sudah usaha agar isteri saya dapat dipindah ke Pantai Barat. Tetapi masih belum diluluskan. Menurut isteri saya, permohonan rakan sejawatnya yang dibuat 3 tahun lalu baru diluluskan.” Dia congak kira dan tidak mahu kalau-kalau terpaksa menunggu sehingga tiga tahun. Barangkali ketika itu anaknya sudah dua tahun lebih.

“Senior saya tawarkan pertolongan. Dia ada kenalan rapat dengan menteri.” Kata dia sambil memandang arah langit Putrajaya.
“Saya setuju dan minta dia ithtiarkan. Sebab kenalan saya itu beria-ia meyakinkan saya.”

Lalu dia bertanya pendapatku. “Apa ini dikira rasuah?”

Lalu dia bacakan mesej dari HP. “Salam. Permohonan saudara sudah saya uruskan. Saya sudah dapat surat sokongan menteri. Tetapi saya perlukan RM500.00. Biasanya kalau kes orang lain, saya minta RM1500.00.”

“Oh. Jika begitu kamu harus fikir sepuluh kali. Seratus dan berkali-kali.” Kataku.
“Itu sudah dikira sebagai permintaan wang saku. Apa perlu duit sebanyak itu?”

Kemudian aku lihat sahabat itu tunduk. Mungkin dia rasa kesal kerana meminta pandanganku.
Aku tenangkan dia. “Adalah tidak jadi kesalahan kalau kamu mahu hibahkan RM500.00 hanya selepas semua perkara selesai,” ujarku sebelum menyambung, “tetapi syaratnya bukan disebabkan permintaan langsung daripadanya.”

Dan aku lihat sahabatku sudah faham. Dia tidak membalas esemes seniornya. “Aku kesal apabila hal ini menjadi kompleks seperti ini.”

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *