0

Khabar MSM

Benarkah industri ini telah terjejas teruk sehinggakan tiada pihak yang mengambil lagi segala bekalan kelapa sawit di seluruh Malaysia? Bapa saya ada ceritakan pada saya bahawa sudah lebih seminggu dia tidak bekerja kerana tiada pihak/pengilang yang mengambil sebarang bekalan kelapa sawit dari peladang-peladang lagi. Hal ini kerana bekalan di Malaysia sudah tidak terbeli oleh pembeli. Kata mereka disebabkan cukai. Ayah saya dan seluruh penduduk kampung sudah tidak keluar bekerja atas sebab-sebab yang saya nyatakan tadi. Keadaan ini amat membimbangkan kami sekeluarga jika terbukti benar. Ini sahaja punca pendapatan yang kami ada.

Dan jika ianya benar, bagaimanakah cara yang perlu diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani situasi ini dan sampai bila perlu ini berterusan? Sesungguhnya, ia memang amat membebankan punca pendapatan. Saya mengharapkan jawapan dan balasan dari pihak tuan dengan seberapa segera. Maaf sekiranya maklumat ini palsu atau sebaliknya. Tapi saya perlukan pengesahan dari pihak tuan dan cara-cara bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

Dua para di atas adalah secebis masalah rakyat bawahan. Agar saya tidak diheret sebarang sikap prejudis, saya paparkan laporan ekonomi bertarikh 5 Oktober 2012. Kerajaan akan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah kejatuhan teruk harga minyak sawit mentah (MSM) yang telah menjunam ke paras terendah sejak 2009, kelmarin. (Para 1)


Menurut laporan hari ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sedang mempertimbang pemotongan cukai MSM antara lapan hingga 10 peratus daripada 23 peratus sekarang. (Para 6)


Pemotongan cukai itu terpaksa dibuat ekoran tekanan harga yang diberikan oleh Indonesia yang hanya mengenakan cukai 13 peratus kepada komoditi berkenaan. (Para 7)

Sumber: Kejatuhan harga MSM akan ditangani segera – Bernard Dompok, Utusan Malaysia, 05.10.2012, Muka 17.
Pada 4 Oktober 2012, harga MSM ditutup pada RM2365 setan metrik.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *