0

Misi pascabanjir Kelantan

16.1.2015

Jam 7.10 malam, saya masih bersesak dalam macet di bulatan Persiaran Bangi. Lampu trafik sebelah Hotel Smart tidak berfungsi. Saya hantar mesej pada sahabat meminta beliau ambil saya di stesen Petronas Seksyen 7. Selesai solat, sahabat saya tiba dan mengisi tangki lorinya. Lori beliau tidak besar, hanya muat 2 tan. Kami ke Bandar Bukit Mahkota (BBM), menyusur melalui lebuhraya dari Tol Bangi.
Kami tiba 10 minit sebelum masuk waktu Isyak di Surau Muhajirin, Seksyen 3 BBM. Menurut sumber cerita, pada setiap malam Jumaat ada jamuan di surau ini. Kami dikira langkah kanan kerana menunya nasi beriani kari kambing. Setelah makan, kami mula memunggah barang ke dalam lori. Kerja memindah barang bantuan siap pada jam 9.45 malam. Antara barangan sumbangan termasuklah makanan, pakaian solat, pakaian bayi, kanak-kanak dan dewasa lelaki, tikar, kereta sorong bayi dan toto.

17.1.2015
Jam 9.00 malam, kami memulakan perjalanan. Wakil BBM bergerak secara berasingan. Kami singgah di Petronas Bentong, dan kemudiannya di Hentian Gua Musang pada jam 3.30 pagi. Konvoi dari Selangor membanjiri Hentian Gua Musang. Surau lelaki yang pada masa boleh memuatkan 200 orang terpaksa diguna secara bergilir-gilir. Subuh itu ada empat imam silih berganti. Sya dimaklumkan keadaan seperti ini berlaku setiap hari Sabtu beberapa minggu kebelakangan ini. Keadaan yang khas untuk misi bantuan pascabanjir.

Kami meneruskan perjalanan ke Dabong. Jam 7.15 pagi, kami tiba di simpang menghala Dabong. Terdapat sebuah rumah di tepi jambatan yang tenggelam. Kami sampaikan sebahagian barang sumbangan kepada keluarga tersebut. Pengurus operasi Denso CSR Team menghubungi wakil BBM dan memaklumkan lokasi. Perjalanan diteruskan ke Masjid Mukim Jelawang. Jam 9.00 pagi kabus masih tebal. Keadaan ini menyebabkan kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah kereta, sebuah van dan sebuah lori kecil.
Kami tersalah masuk simpang yang menghala ke Stesen Keretapi Dabong. Ketika sampai, kelihatan sepuluh buah bas sukarelawan yang ditaja oleh Petronas, sebuah lori kecil MISC dengan muatan air mineral. Khemah penempatan sementara dan trak tentera turut kelihatan. Lori tangki Majlis Daerah Hulu Terengganu pun ada. Jam 10.00 pagi, kami tiba di Masjid Mukim Jelawang. Dari situ, jelas kelihatan air terjun paling tinggi di Asia Tenggara di Gunung Stong. Kawasan perkuburan di sebelah masjid menarik perhatian saya. Khemah dalam kawasan kubur adalah khemah sukarelawan Denso yang berkampung di situ sejak 16 Januari. Manakala sebuah wakaf kecil terdapat buai milik anggota ATM yang ditugaskan di situ.

Pasukan tentera ini kemudiannya dikuatkan lagi dengan kehadiran dua batalion. Mereka ditempatkan di padang permaianan hadapan masjid. Sebahagiannya dibawa dengan helikopter. Kami tidak menyaksikan kehadiran batalion tentera ini kerana pada waktu itu kami berada 60 kilometer di pedalaman. Kami berhenti di sebelah Masjid Pulau Stelu. Pulau Stelu belum ada datanya dalam Google Maps. Masjid ini terletak kira-kira 200 meter dari jambatan runtuh (http://youtu.be/j5rOl48m_jg). Jambatan runtuh tidak mengahalang mobiliti sukarelawan dari arah Jeli. Mereka dipindahkan dengan menggunakan bot. Sejak 23 Disember 2014, bekalan elektrik belum pulih. Sepanjang perjalanan, terdapat tanah runtuh di Meranto. Keadaan ini memaksa sahabat saya meminta bantuan ahli konvoi mengenderai kenderaannya. Saya sendiri gayat untuk berada dalam kenderaan tersebut. Saya memilih untuk turun. Ketika bah, penduduk mendaki bukit tapak kuari yang berdekatan. Rumah yang terjejas banjir di kiri dan kanan masjid Pulau Stelu kira-kira 20 buah sahaja.

Selepas 1 jam 15 minit, kami bergerak ke Pasir Tumboh, Gua Musang. Jam 5.30 petang, sebahagian daripada kami ke Gunung Stong. Saya dan sahabat bertolak ke Hentian Gua Musang pada jam 6.45 petang. Perjalanan sejauh 128 km. Hotel di sekitar penuh. Jadi kami bermalam dalam lori di kawasan letak kereta. Hentian Gua Musang hidup 24 jam. Restoran Muzdalfa Fried Chiken (MFC) yang dahulunya ada cawangan di Seksyen 8 Bangi beroperasi di sini.

18.1.2015
Kami bertolak pulang ke Bangi jam 6.45 pagi. Tiba di Bangi jam 12.45 tengah hari. Rakaman bergambar di http://goo.gl/IhWJtH

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *