razin_itqan
0

Milieu

Saya pulang untuk cuti bulanan. Saya semak surat menyurat yang menggunakan alamat rumah ayah di kampung. Salah satu daripadanya datang dari DBP. Makluman bayaran honorarium puisi terikini saya yang disiar dalam Tunas Cipta, Disember 2012. Asalnya saya mencadangkan judul puisi sebagai “Dari kerana Milieu”. Editor yang bertugas menerima karya kecil saya dengan pindaan ‘Kerana Milieu’. Baharu saya terfikir ‘dari’ dan ‘kerana’ tidak cocok untuk digandingkan secara berturutan. Hal ini disebabkan ‘dari’ adalah kata tunjuk (arah), manakala ‘kerana’ adalah kata tugas. Demikian dalam proses menulis kita sebenarnya sentiasa belajar suatu yang baharu secara tidak sengaja. Kadang-kadang kita fikir ayat atau frasa yang digunakan sudah betul. Namun editorlah yang memainkan peranan bagi memastikan struktur ayat betul secara linguistik.

Demikian saya paparkan di sini karya kecil yang dimaksudkan. Karya ini mewakili peperangan dalam diri selaku ayah dan suami.

km

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *