0

Mencelah dalam ripuh

kongsi

Sudah agak lama tidak mencoret sesuatu. Ripuh. Banyak perkembangan yang tidak sempat dikongsi. Membuat pasaran secara langsung buku dalam stok di tangan. Pemasaran kendiri (self-marketing) ini sebagai inisiatif sendiri untuk membantu penerbit. Buat masa ini, penerbit buku saya masih lagi pihak utama yang menjalankan pemasarannya. Alhamdulillah, sedang menunggu pesanan belian dari sebuah perpustakaan. Pihak perpustakaan memaklum secara verbal akan membeli sebanyak 50 atau 70 naskhah.

kickoffMeeting

kick-off meeting

Pada minggu berikutnya, saya menyertai sesi pembentangan mula projek buku audio. Sasaran projek pemula ini ialah orang kurang upaya penglihatan / buta. Saya bersetuju memberi satu karya yang saya kira dengan durasi pendek, akan memudahkan kerja mereka. Bukan mudah untuk menukar sebuah cerita ke bentuk audio. Voice over, suntingan audio, dan kerja-kerja lain yang berkaitan (saya tidak tahu istilah yang tepat sebenarnya) tidaklah mudah sebenarnya.

Selain itu, saya masih menanti keputusan sayembara penulisan yang disertai akhir tahun lepas. Semoga ada perkembangan positif. Mendapat tempat dalam sayembara akan menyebabkan seseorang yang menulis (segan hendak taip penulis, saya kira saya belum lagi layak memakai topi penulis kreatif) karya kreatif dipandang, dan diberi perhatian. Satu lagi penyertaan hadiah sastera sedang dibuka (ketika artikel ini ditulis), hanya menunggu waktu yang sesuai untuk saya hantar penyertaan. Doakan saya semoga berjaya meraih hadiah.

kword

strategi SEO

Selain karya kreatif, saya membuat reka bentuk laman web. Terakhir, saya diminta mebuat strategi Optimumkan Carian Enjin (SEO) supaya laman web tersebut ditempatkan dalam halaman pertama enjin carian Google. Syukur. Strategi yang dibuat berjaya. Bermula 8.3.2015 laman web tersebut berada pada landasannya. Bimbang juga dibuatnya apabila pada 28.2.2015 saya dimaklumkan laman itu langsung tidak dikenal oleh enjin carian Google. Saya maklumkan klien tersebut bahawa, “Site indexing belum siap sepenuhnya.” Beliau beri peluang untuk saya buktikan.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *