0

Loceng FGVH

Menurut propektus IPO halaman 31, syarikat luar seperti Louis Dreyfus akan diberi saham 2.5% saham bersamaan (91,204,000 saham). Saya petik artikel Wiki berkaitan syarikat ini. However, as a Jewish family, during WW2, many of their assets were confiscated by the Vichy government and some members of the family fled to America.
Jumlah ini bersamaan jumlah keseluruhan saham peneroka Felda. Setiap peneroka mendapat 800 unit sahaja. Nama besar yang disebut mendapat 180 000 ribu unit saham FGVH ialah Pengerusi Felda sendiri. Ketika diapungkan, FGVH berjaya meraih modal RM60 bilion. Nilai tawaran awal RM4.55. Pada suatu ketika nilainya naik 75 sen. Kira-kira 2.615 juta lot saham bertukar tangan. Menurut laporan FMT, peneroka dan pekerja Felda dipaksa membuat pinjaman pada kadar faedah daily rest 5% setahun selama enam bulan. RM3,630 perlu dibayar. Hal ini kerana mereka tidak dibenar menggunakan simpanan sendiri. Menurut pengalaman saya selaku anak peneroka, membuat pinjaman dengan bank bagi seorang peneroka sangat rumit. Tetapi mengapa dalam kes ini hal itu dimudahkan?
Maksud 5% setahun daily rest dengan tempoh bayaran balik enam bulan seperti berikut, dibayar setiap bulan pada 20 haribulan:

Bulan pertama
Caj harian (RM3630*0.05*20 hari/365 hari)= RM9.97 (dibundarkan)
Bayaran bulan pertama: (RM3640/6) + RM9.97 = RM616.64

Bulan kedua
Caj harian (RM3033*0.05*30/365) = RM12.47
Bayaran bulan kedua: (RM3640/6) + RM12.43 = RM617.43
Dan bayaran seterusnya dirumuskan dalam jadual di bawah.

Bayaran bulanan berasaskan 5% setahun ‘daily rest’

Jumlah bayaran semula termasuk caj bank: RM3687.37
Ada orang berkata apa masalahnya? Jika peneroka menjual ketika harga melonjak 75 sen, sudah selesai isu pinjaman tersebut.
Mari kita lihat, RM0.75*800=RM600.00. Mereka hanya mendapat RM591.05 sekali seumur hidup. Tetapi berapa ramai yang menjual keseluruhan saham mereka pada ketika itu? Bagaimana pula jika tatkala bayaran balik ini diarahkan, peminjam sudah meninggal dunia? Tidakkah penjamin-penjamin mereka akan menanggungnya pula?

Pada ketika artikel ini ditulis, nilai saham FGVH menyusut kepada RM4.68. Nilai ini menghampiri nilai tawaran asal. Bagi pemilik saham, keadaan ini membimbangkan. Hal ini kerana mereka risau sekiranya kejatuhan nilai ini berterusan. Berbeda pula dengan bakal pembeli saham, peluang ini dimanfaatkan untuk membeli saham.

 

Kongsi artikel ini..Share on Facebook5Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *