0

Liferay di Malaysia

Saya pertama kali mendengar perkataan Liferay dari mulut seorang sahabat saya pada tahun 2005. Ketika itu sahabat saya masih belajar di peringkat ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan bahan. Tetapi dia punyai hobi dan minat dalam pembangunan laman web. Beliau sangat pakar dalam PHP, pernah mendapat peluang memperoleh pendapatan sampingan membangun laman web pensyarah USM. Beliau lebih gemar menggunakan CMS Joomla. Pada saat-saat akhir pengajian saya, sahabat saya itu membina pula laman web untuk ahli alumni kumpulan kami tetapi malangnya dilanda serangan penggodam. Setelah saya meninggalkan alma mater selama lebih kurang setahun, tanpa dijangka saya melibatkan diri dalam dunia IT. Saya hanya sempat bergelumang dengan dunia pengilangan produk makanan kesihatan di sebuah kilang berstatus GMP. Disebabkan faktor gaji, saya memilih untuk beralih arah mencuba sesuatu yang baharu.

Populariti Liferay

Ketika pengajian, saya amat berminat dengan bahasa pengaturcaraan C++ dan Matlab. Ketika menjalani latihan industry, saya didedahkan dengan bahasa pengaturcaraan Wirecut (WC) untuk mesin pemotong dai (die-cutting machine, CNC). Saya mencuba sesuatu yang saya minat dengan mencuba nasib di sebuah syarikat bernama Alam Teknokrat. Dan hakiktanya inilah secebis berita dalam arkib Utusan Malysia bertarikh 25 Mei 2011. Berita ini disiar kira-kira dua puluh hari setelah saya meletak jawatan sebagai Lead Programmer untuk projek Laman Web Rasmi KPDNKK. Demikian berita yang saya petik: KUALA LUMPUR 24 Mei – Penyedia perkhidmatan e-perniagaan, Kumpulan Skali hari ini bekerjasama dengan Liferay Inc. bagi meningkatkan mutu perkhidmatan penyelesaian sumber terbuka tempatan.

Liferay Inc. merupakan peneraju sistem penyelesaian sumber terbuka untuk perusahaan dan telah dimuat turun lebih tiga juta pengguna di seluruh dunia.

Pada zaman Pak Lah (sekarang Tun Pak Lah), beliau giat menyebut sumber terbuka (open source). Syarikat Skali telah mengambil inisiatif menggunakan Liferay bagi menyempurnakan 152 projek laman web di bawah projek Managed Portal Services. Kemudian dari itu, syarikat ini mendapat beberapa projek baharu seperti Suhakam. Terkini dalam fasa pembinaan, Laman Web Rasmi Kerajaan Malaysia juga menggunakan Liferay. Projek ini dikendalikan anak syarikat Skali iaitu Skali E-Business (SEBS). Ketika saya menjadi Lead Programmer bagi laman web KPDNKK, saya telah menjayakan penyelidikan migrasi laman web MARA dari Liferay versi 5.1.1 ke versi 5.2.3. Untuk projek laman web lain, saya hanya menjadi ‘orang bawahan’/belakang tabir seperti dalam projek pembangunan laman web Majlis Daerah Sik, Bank Rakyat, dan JAKOA. Jika anda membuka laman web KPDNKK hari ini, ia tentulah berbeza dengan nota tulisan saya terdahulu kerana dinaik taraf ke versi 6.0 ++.

Hari ini, setelah hampir 13 tahun Liferay diketengahkan di Malaysia, boleh dikatakan Skali memiliki pakar Liferay teramai. Selain programmer, Skali juga memiliki pasukan pembina portlet. Jurutera pembangunan portlet adalah mereka yang pakar dalam JAVA/J2E/JDK. Selaku programmer Liferay, kita sebenarnya boleh memilih sama ada untuk mendalami bahasa pengaturcaraan JAVA dengan membuat kerja seni / rekayasa portlet (portlet customisation). Atau anda juga boleh menjurus untuk menjadi orang yang akan mempersembahkan portlet dengan mencantikkannya menggunakan CSS dan segala macam fungsi serta wajah laman web melibatkan pembangunan template dan theme (look and feel customisation). Selain itu programmer Liferay turut perlu mahir dalam Javascript. Javascript inilah nantinya akan menentukan fungsi navigasi halaman seperti Mega dropdown menu, accordion menu, mobile Apps (membolehkan web dibuka menggunakan I-Phone / telefon 3G/4G) dan jcarousel (sekadar menyebut beberapa features).

Selain Skali, rakan-rakan kongsinya seperti Absec, Dasar Jati, Dynasty IT juga memiliki beberapa sosok yang pakar dalam Liferay. Di luar Skali, terdapat nama-nama lain seperti Cignex, High-Tech Padu dan Abdak. Ketika Negara menghadapi serangan penggodam negara seberang, banyak laman web yang menggunakan Joomlaa berjaya diceroboh. Tetapi tahukah ada, tiada satu pun laman web yang dibangunkan menggunakan Liferay terjejas. Inilah ‘kekebalan’ yang terdapat pada Liferay.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *