0

Komentar 1

Beberapa perkara yang menarik dibincangkan tika ini. Pertama kadar cerdik pandai di Malaysia tidak memuaskan. Sebuah laporan berita seperti berikut, “Adalah sukar menemui cerdik pandai di Malaysia.” Dan satu ayat lain pula, “95 peratus profesional di Singapura berasal dari Malaysia.” Isu upah menjadikan golongan profesional bertindak memilih kerja di luar. Mereka merasakan lebih berbaloi bekerja di luar kerana upah yang lebih tinggi. TalentCorp ditubuhkan bagi membawa balik tenaga mahir ini. Sehingga kini seramai 2550 orang berjaya dibawa pulang iaitu 1130 (2001-2010) dan 1420 (Jan 2011 – Sept. 2012)[1]

Kedua, isu yang melanda akademia. Syarat terbaharu menjadi pensyarah ialah pemilikan Falsafah Kedoktoran (PhD). Bekas wartawan yang saya kenal berkata, “PhD bermaksud pandai habis dah.” Bagi mereka yang sedang mengikuti pengajian Sarjana tidak boleh tidak terpaksa memikirkan tempoh sambung belajar. Kecualilah jika mereka tidak berminat menjadi pensyarah.

Ketiga, isu pemilikan ijazah dewasa ini menjadi-jadi dengan penjualan sijil palsu. Suatu ketika isu ijazah bogus melanda seorang selebriti terkenal. Kemudian timbul pula penjualan ijazah palsu di USM. Sebagai tindak balas, UTM kenalkan sistem pengesanan ijazah palsu. Majlis Memperkenalkan Perisian Imbas ARQIS diadakan sempena Konvokesyen ke-49 universiti tersebut baru-baru ini. Sistem ini menggunakan kod QR. Selain sistem ini akan wujud sistem imbasan data menggunakan kod warna. Kedua-dua jenis sistem imbasan memberi fokus kepada satu target iaitu keselamatan dan kebolehpercayaan data. Apakah beza kod QR dengan kod warna?

Keempat, pelaburan langsung asing (FDI). Saya tertarik merumuskannya seperti dalam rajah di bawah. Bermakna antara negeri terkaya di Malaysia telah dikuasai Pakatan Rakyat. 

Rujukan
1. Jawapan Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Menteri di JPM dalam Sidang Dewan Rakyat.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook1Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *