0

Keperluan

Hari ini saya diberi manual Practical Liferay, Java-based Portal Application Development. Hal ini kerana dalam beberapa waktu nanti saya perlu menggunakan kembali pengetahuan dalam bidang ini. Meninggalkan dunia Liferay lebih kurang setahun enam bulan mungkin menyebabkan pengetahuan saya akan perkembangannya menjadi semakin luas. Apa pun, inilah cabaran semasa dalam kerja. Keperluan projek memerlukan seseorang sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi yang berkait teknologi. Ketika ini saya menjalankan tugas dengan menggunakan pengetahuan dalam .NET yang diganding dengan MS SQL, BizTalk server dan OpenVPN.

Dalam bidang teknologi, sebenarnya seseorang perlu mempelajari perkara baharu setiap masa. Teknologi sentiasa berkembang dengan pantas. Saya percaya bahawa sistem pembelajaran yang lebih menjurus kepada teori menjadikan ilmu tersebut tidak banyak di aplikasi dalam dunia pekerjaan. Sebab itu bidang-bidang kompetitif yang berteraskan vokasional lebih berdaya saing kerana kemahiran yang diberi tidak jauh berbeza dengan amali kerja sebenar. Berapa ramai lepasan ijazah pertama mengikuti skim latihan yang lebih mengkhusus dalam sesuatu bidang di kolej swasta? Bidang-bidang kepakaran seperti NDT, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Java Specialist dan beberapa bidang lain ditawarkan pihak swasta (kolej). Pihak-pihak yang menyediakan bantuan kewangan kemudiannya akan menagih semula bayaran awal yang dimulakan. Bermakna jika yuran latihan selama enam bulan itu sekitar RM9000 hingga RM30000, bayaran balik akan dibuat melalui potongan gaji. Hanya mereka yang memiliki kemampuan kewangan dapat mengambil latihan seperti ini jika tidak mahu menerima orang tengah.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *