0

Kebaikan dan keburukan urusan online

Beberapa bulan lepas, KP Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) membayangkan menjelang 2015 kira-kira 90 peratus urusan kerajaan boleh dibuat secara online. Beberapa contoh urusan online yang terkehadapan melibatkan bayaran cukai LHDN, kompaun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), urusan pemaju perumahan, urusan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tender, zakat, bil utiliti, saman trafik dan lesen JKKP. Ketika ini tiada data yang tepat untuk menggambarkan peratusan urusan yang telah diteknologikan seperti itu. Urusan online ialah sebarang transaksi permohonan di luar kaunter. Pengguna hanya perlu ada akses internet. Transaksi ini boleh jadi percuma atau berbayar. Jika melibatkan bayaran, transaksi online mempunyai mekanisma bayaran fi atau denda lewat serah melalui kad kredit atau debit langsung (FPX). Sesetengah agensi menyediakan akaun prabayar sendiri.

Apakah kebaikan dan keburukan urusan dalam talian? Kebaikan paling utama ialah mengurangkan waktu menunggu di kaunter. Orang awam tidak lagi perlu menapak ke kaunter dan menunggu giliran yang kadang-kadang melibatkan kos masa dan wang. Transaksi ini boleh dihantar pada bila-bila masa selagi sistem berfungsi dengan normal. Kedua, urusan online mengurangkan karenah birokrasi. Pemohon tidak perlu menghadap pegawai-pegawai tertentu yang memungkinkan sikap pilih kasih berdasarkan faktor kenal atau sebaliknya. Ketiga, meningkatkan tahap pematuhan piagam pelanggan. Disebabkan setiap permohonan yang dihantar dapat dipantau secara automatik, pihak pengurusan dapat menilai piagam pelanggan mereka menepati tahap persetujuan perkhidmatan (Service-level agreement – SLA). SLA ini ditetapkan untuk setiap permohonan dengan tahap-tahap tertentu seperti satu jam, empat jam, satu hari atau tiga hari. Keempat, memudahkan pihak.. <<Sambung baca…>>

Kongsi artikel ini..Share on Facebook2Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *