Kepemimpinan Muhammad

Kepemimpinan Muhammad

Kepemimpinan Muhammad

Judul: Kepemimpinan MUHAMMAD

Penulis: John Adair

Penterjemah: Prof. Ir Wan Abu Bakar Bin Wan Abas

ISBN: 9789830688428

Penerbit: ITBM

Halaman: 119 muka surat

Harga: RM17.00

 

JOHN ADAIR adalah nama besar dalam bidang pengurusan organisasi. Beliau merupakan penulis Not Bosses But Leaders dan How To Grow Leaders. Kedua-dua buku popular ini diterbit oleh Kogan Page. Bagi sesiapa yang pernah menguliti buku sejarah Islam nukilan Dr. Ramadhan Al-Buti (Fiqh Sirah diterbit oleh Dewan Pustaka Fajar), membaca semula Kepemimpinan MUHAMMAD ini seolah-olah anda berada dalam dejavu. Cuma JOHN ADAIR mengambil skop yang lebih kecil bagi memfokus ciri-ciri pemimpin dalam diri Rasulullah. Mengapa dikatakan gaya persembahan John Adair mirip karangan Dr. Ramdhan Al-Buti? Pada setiap akhir cerita John Adair menitipkan ulasan yang difikirnya sesuai bagi merungkai mesej yang hendak disampai melalui ceritanya. Demikian al-Buti menukilkan kisah sejarah hidup nabi dengan menukilkan ibrah (pengajaran) daripada setiap momen penting yang dilalui oleh baginda SAW.

John Adair menceritakan beberapa kisah bagi mengisahkan kebijaksanaan, ketelitian, dan kualiti unggul Rasululullah dalam memimpin. Buku ini mengandungi lapan kisah berkait kepemimpinan iaitu Di dalam Khemah Hitam Bani Sa’id, Si Gembala, Pemimpin Kafilah, Penghuni Gurun, Muhammad SAW “Yang Amanah”, Berkongsi Kesusahan, Rendah Hati, dan Dari Dahulu Hingga Kini.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook5Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *