Beraraklah Awan Pilu

Judul: Beraraklah Awan Pilu
Pengarang: Abdul Latip Talib
Penerbit: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
ISBN: 9676118990
Harga: RM15.00
Pengulas: Naimisa Yusof

Novel ini memenangi hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005, mengisah pencarian seorang anak muda dari Jelebu. Syafiq, 23 tahun merantau sendirian ke Brunai selepas kematian ibunya. Ayah dan ibunya dipisahkan oleh perancangan neneknya di Brunei untuk menyatukan  Dato’ Mansor dengan Datin Siti.

Cerita ini dimulakan dengan insiden pertemuan Syafiq dan Marissa dalam penerbangan ke Brunei. Marissa sebenarnya anak angkat pasangan Dato’ Mansor dengan Datin Siti melangcong ke Malaysia untuk menghibur lara hatinya. Ditakdirkan mereka bersua semula di Bandar Seri Begawan ketika kereta Mariss pancit. Syafiq menghulur bantuan dengan membaikinya walau pun tidak disukai Marissa. Malahan dia terkena bahana emosi Marissa disebabkan baharu putus cinta bercampur ego seorang anak jutawan. Pertemuan itu berakhir di situ, dompet Marissa tercicir. Syafiq terpaksa mencari rumah Marissa untuk memulangkan dompet itu.

Setelah bertemu, Syafiq menyerahkan semula hak Marissa. Ketika pertama kali bersua Dato’ Mansor, tergerak hatinya yang Dato’ Mansor mungkin ayahnya. Dia memendamkan dahulu hasratnya dengan membuat helah, mengatakan yang dia sedang mencari kerja. Kebetulan pula, Dato’ Mansor memerlukan seorang pemandu. Memulakan tugas sebagai pemandu menjadi kemuncak ujian kesabaran bagi Syafiq. Dia terpaksa melayan angin dua wanita, Datin Siti dan Marissa. Datin Siti sangat prejudis terhadapnya sehingga menuduh yang bukan-bukan. Tidak kurang juga hebatnya karenah Marissa. Suatu hari, Dato’ Mansor disamun ketika keluar daripada bank. Beliau mengalami kecederaan serius sehingga memerlukan tambahan darah. Setelah ujian dilakukan, hanya Syafiq yang betul-betul layak. Datin Siti tidak dapat menderma atas faktor kesihatan, manakala kumpulan darah Marissa tidak sepadan.

Apabila sedar, Dato’ Mansor mendesak Syafiq menceritakan hal yang sebenar. Dia didesak untuk memberitahu nama ibunya. Syafiq hanya menjawab setelah yakin petunjuk-petunjuk yang diberi daripada jawapan Dato’ Mansor. Kini terjadilah pertemuan rasmi kedua-dua anak beranak yang terpisah sejak 25 tahun. Pada masa yang sama, Marissa dimaklumkan statusnya, iaitu anak angkat yang ditinggalkan sewaktu kecil. Dato’ Mansur akhirnya meminta Syafiq dan Marissa mempertimbangkan cadangannya untuk disatukan. Selain itu, dia juga meminta anaknya menguruskan perniagaannya di Brunei atau cawangan syarikatnya di Kuala Lumpur. Syafiq hanya bersetuju permintaan pertama, tetapi menolak permintaan kedua dengan alasan untuk menjadi usahawan tani. Sekembalinya ke Jelebu, Syafiq membaik pulih rumahnya dan memperkenalkan Dato’ Mansor dan Datin Siti kepada orang kampungnya. Terhapuslah semua umpat keji dan fitnah orang kampung kepada mereka sekeluarga.

*                       *                       *

Beraraklah Awan Pilu merangkumkan pengalaman Syafiq menjadi sukarelawan Mercy lewat bencana tsunami di Acheh. Latar peristiwa tsunami dihubungkaitkan dengan proses pencariannya. Imbauan peristiwa tsunami diselitkan dalam jalan cerita yang logik. Perjalanan Syafiq mencari ayahnya digarap secara kronologi manakala detik-detik tsunami dirakam dengan teknik panggil balik (flash back). Hal ini menjadikannya mudah untuk dihadam.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *