Ahli Alkimia

Judul: Ahli Alkimia
Penulis: Paulo Coelho
Penterjemah: Hasri Hassan
Penerbit:Akademi UEM
ISBN: 978-983-41199-0-9

Cetakan: 2008 (Pertama)

Harga: RM19.90

Novel ini sebuah novel falsafah iaitu perincian usaha seorang pengembala mencari takdir dirinya. Setiap diri sudah ditentukan perjalanan hidupnya. Dan untuk menemui takdir itu, setiap diri perlu berusaha melihat petanda-petanda. Seseorang tidak boleh sewenang-wenang menyerah diri pada nasib dan takdir semata-mata, kerana akhirnya dia akan ditipu oleh permainan emosi dan godaan iblis. Sebab itu ramai orang yang tidak memahami konsep takdir menyalahkan hal itu sehingga dia terjerumus ke lembah kehinaan. Memang dalam dunia ini wujud satu golongan yang beriktikad bahawa kita hidup semata-mata takdir. Semua yang berlaku pada diri adalah ketentuan takdir tanpa campur tangan usaha kita sendiri. Mereka ini adalah penganut Qadariah. Sememangnya keperacayaan mereka amat jauh berbeza dengan golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

Saya pun tidak pasti apakah status sebenar penulis asal karya ini memandangkan versi bahasa Melayu ini digarap semacam dia membincangkan soal tauhid. Apakah benar Paulo Coelho seorang Islam akhirnya? Atau adakah buku ini diedit agar sesuai dengan jiwa penterjemah dan editornya selaku muslim? Dalam pengembaraan sang gembala muda itu ke Mesir, beliau bertemu hal yang aneh-aneh. Di sinilah bermula proses pencarian dan pemaknaan terhadap setiap perkara yang dilaluinya. Semua ini memerlukan proses pemikiran yang kritis dengan mempertimbang ‘bahasa Jiwa Dunia’ dan gerak hati. Penulis mengajak pembaca menerobos suatu yang bukan sekadar sangkaan tetapi imaginasi kompleks yang tidak mungkin ditemui dengan sekali fikir. Diselitkan juga kisah percintaan sang pengembara dengan seorang wanita Arab (Fatima).

Di akhir cerita ini dinyatakan bahawa sang gembala itu tidak menemui harta karun yang dicari sebaliknya hanya menemui seseorang yang lain yang mengalami nasib sepertinya.

Bacalah novel ini kerana tidaklah rugi sekiranya anda mahu sesuatu yang berbeza dalam pencarian ‘sesuatu’ untuk memenuhi kehidupan.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *