Ada di dada

ada_d_dada.jpg

Judul: Ada di Dada
Penulis: Mohamad Farez Abdul Karim
Penerbit: Tanya Network
ISBN: 9789671028803
Halaman: 77 muka surat

Himpunan anekdot dan cerpen penulis Anak Bumi ini barangkali sesuatu yang di luar kebiasaan. Anekdot menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 55 bermaksud kisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian (peristiwa). Pada pandangan peribadi saya, hasilnya bukan sebuah eksperimentasi bahkan menyerlahkan sisi kreatif penulisnya. Bahagian awal dimula anekdot I dan II. Anekdot I menggambarkan aku sebagai sang perisik manakala Anekdot II mewakili aku sebagai budak kecil. Anekdot disajikan dalam bentuk certot (cerita pendek kentot) dengan kepanjangan tidak melebihi 200 patah perkataan. Meski ringkas lagi padat, anekdot ini amat menghiburkan.

Sebagai contoh kisah ‘Penerbit buku agama dengan agamanya’. Penulis berjaya melakarkan suatu sisi yang bertentangan dalam amalan di penjual dalam praktik agamanya. Dinukilkan pada awalanya sang penjual seorang yang pandai bercakap hal agama. Tetapi di akhir naratif sang penjual tadi mengatakan kepada seorang pekerjanya, “Tak apa, ana ada orang dalam. Nanti ana call dia.” Anekdot ini cuba menyampaikan mesej peranan orang dalam (baca amalan rasuah) dalam menghapuskan penguatkuasaan urus tadbir yang tidak betul. Dalam kisah ini dinyatakan beberapa buku di kedai tersebut tidak mempunyai pelekat tulen KPDN.

Jika begini gaya anekdot Anak Bumi, di mana lucunya? Pada pendapat saya inilah kekuatan anekdot penulis kerana lucunya bukan semberono. Kelucuan dalam kerangka serius seperti ini mewakili tahap intelek penulis (dan saya harap saya tidak berlebih-lebih dalam penilaian ini) bagi menggerak minda pembaca untuk berfikir.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook23Tweet about this on TwitterShare on Google+1Email this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *