0

Imobiliser

immobiliser.jpgSuatu hari saya ke masjid Pulau Meranti, Puchong. Saya menumpang kereta pejabat yang diguna oleh seorang kawan. Ketika mengambil wuduk, saya membongkok dan terlupa kunci kereta yang sudah longgar penutupnya berada dalam poket baju. Kunci tersebut jatuh dan cip di dalamnya melantun ke dalam lubang air. Cip kecil tersebut adalah immobiliser. Fungsinya sebagai mencegah kecurian. Tanpa cip tersebut enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Kebetulan kunci pendua berada dalam simpanan di kampung. Tersadailah kereta yang pinjam dari bank itu di pejabat selama tiga hari.

Saya pergi ke Pusat Servis di Putrajaya. Tetapi cawangan tersebut meminta saya rujuk Pusat Servis di Puchong atau Bangi. Di Putrajaya tiada fasiliti untuk ganti cip tersebut. Pada Sabtu berikutnya saya ke Pusat Servis Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Kos penggantian cip RM30 dan caj perkhidmatan RM10. Kos serendah ini kerana penutup lama dan bateri tidak ditukar.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook1Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *