0

Imam solat duduk

Hadis 33 Bahrul Mazi Jilid 3

Daripada Anas Bin Malik, katanya: Jatuh Rasulullah S.A.W daripada kuda, maka terkupas kulitnya. Maka sembahyang ia dengan duduk, maka sembahyang kami sertanya duduk. Kemudian berpaling ia, maka sabdanya: Hanya sanya imam itu atau hanya sanya dijadikan imam itu supaya diikut dengannya. Maka apabila takbir ia, maka takbirlah sekalian kamu dan apabila rukuk ia maka rukuklah sekalian kamu. Dan apabila bangkit ia, maka bangkitlah kamu. […hingga akhir hadis]

Kisah ini menurut Anas Bin Malik, pada mulanya mereka solat secara berdiri. Kemudian nabi memberi isyarat agar semua makmum duduk iaitu solat seperti mana imam solat. Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh saidatina Aisyah radhiallahu ‘anha katanya, “Telah sembahyang Nabi S.A.W di belakang Abu Bakar pada sakitnya yang wafat ia padanya duduk.” Pada saat-saat hampir kepada wafatnya baginda, baginda solat duduk dan semua makmum ikut solat secara berdiri.

Soalan, tidakkah kedua-dua hadis ini bersalahan?

Menurut Imam Syafie dalam Al-Umm, hadis yang terkemudian membatalkan hadis yang dahulu. Iaitu harus bagi makmum solat secara berdiri meski pun imam solat secara duduk.

Maka terdapat perbezaan pendapat ulama dalam hal ini.

  • Pertama, Imam Ahmad Bin Habal (mazhab Hanbali) dan Auza’i berpendapat makmum hendaklah solat duduk seperti mana imam. Mereka berpegang pada zahir hadis semata-mata.
  • Kedua, Imam Malik berkata: Tiada harus (tidak sah) solat seorang yang kuasa berdiri di belakang imam yang solat duduk. Yakni, seseorang perlu solat berdiri ketika dia menjadi imam.
  • Ketiga, Imam Abu Hanifah, Imam Syafie dan jumhur ulama salaf (majoriti ulama sekitar tahun 300 pertama selepas hijrah) berkata: Tidak harus makmum yang kuasa berdiri solat di belakang imam yang duduk melainkan solat dengan berdiri juga. Maknanya sah jika makmum berimamkan seseorang yang solat duduk.

Masalah 1: Imam solat duduk padahal dia boleh berdiri. Menurut Imam Syafie, memadai (sah) bagi makmum solat mereka kerana tidak diberatkan kepada mereka untuk mengetahui keupayaan imam berdiri. Imam yang solat fardhu secara duduk padahal dia kuasa berdiri, tidak memadai (tidak sah) solatnya.

Masalah 2: Makmum tahu bahawa imam berupaya berdiri. Kata Imam Syafie jika sesetengah makmum tahu keadaan imam itu, tidak sah solatnya. Makmum tersebut perlu mengulang solatnya.

Nota kuliah Ustaz Raihan Bin Abdul Aziz, 13 Ogos 2014. Surau As-Sumayyah, Intana Ria.

 

Kongsi artikel ini..Share on Facebook3Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *