0

Imam dan makmum

Apakah dalil imam itu wajib diikuti oleh makmum?

Kata Abu Isa at-Tirmidzi: “Kata Anas R.A – Maka sabdanya (nabi): Hanya sanya imam itu atau hanya sanya dijadikan imam itu supaya diikut dengannya.”

Inilah dalil imam wajib diikuti.

Timbul pula soalan, apakah yang wajib diikuti? Kata Imam Nawawi dalam Syarah Muslim, hadis ini difaham seperti berikut.

1. Mengikut pendapat Imam Syafie dan sebahagian kelompok ulamak (ta’ifah), yang wajib diikuti hanyalah perbuatan imam yang zahir sahaja.

2. Mengikut pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, yang wajib diikuti adalah perbuatan imam dan niatnya.

Bermakna dalam mazhab Syafie tidak salah jika makmum solat fardhu di belakang imam yang solat sunat. Contohnya makmum niat solat fardhu Isyak di belakang imam yang solat sunat taraweh. Atau seseorang yang terlewat hadir untuk solat fardhu Zohor mengikut seseorang yang solat sunat ba’diah (selepas) Zohor.

Apakah hukum solat fardhu di belakang solat sunat?

Kata Qastalani, disebabkan perkara (1) di atas: “Boleh dilakukan selagi kaifiat solat itu sama.” Maksudnya, makmum yang solat fardhu boleh mengikut imam solat yang solat sunat kecuali solat sunat gerhana atau jenazah. Hal ini kerana solat sunat gerhana rukuknya dua kali sebelum sujud dalam setiap rakaat. Selepas rukuk pertama, seseorang perlu berdiri dan membaca Fatihah kemudian rukuk kali kedua. Manakala solat jenazah, tiada rukuk dan sujud melainkan empat takbir dan salam.

Kata Imam Nawawi dalam Syarah Muslim, tidak sah makmum solat fardhu di belakang imam yang solat fardhu menurut pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.

Kebanyakan hari ini, sesetengah orang dalam masyarakat tidak mengikut imam malah mendahului atau bersamaan dengan imam. Imam belum sempat sujud, makmum sujud terlebih dahulu. Dalam hal ini, kata Imam Nawawi makruh hukumnya makmum yang mendahului imam. Sebagai langkah berhati-hati, makmum perlu menunggu imam menyempurnakan gerakannya. Manakala pendapat lainnya batal solat makmum yang mendahului imam pada dua rukun dengan sengaja.

Nota kaki: Ringkasan kuliah Maghrib Ust. Raihan Bin Abdul Aziz, 3 Sept. 2014, Surau As-Sumayyah. Bahrul Mazi jilid 3, halaman 124.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *