0

Hampir ditipu

scam_onePada minggu lepas, kawan saya Si A mengiklankan kereta untuk dijual dalam laman web mudah.my. Beliau kemudiannya dihubungi melalui emel oleh seorang bakal pembeli (Si B). Kawan saya meminta bakal pembeli menunjukkan MyKadnya. Jadi dia melampirkan salinan Mykad (berwarna) untuk rujukan si A.

Kebetulan kawan kami boleh menyemak rekod pemegang MyKad dalam sistem yang dihubung secara terus dengan rekod rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Suatu yang mengejutkan ialah nama dan gambar dalam rekod rasmi JPN berbeza dengan salinan MyKad yang ditunjuk oleh Si B. Beberapa perkara yang dinyatakan oleh Si B dalam sesi ‘tarik tali’ dengan Si A adalah seperti berikut:

  1. Saya percaya kamu, kamu perlu percayakan saya.
  2. Saya berada di luar negara, setelah wang dimasukkan ke akaun anda kawan saya akan ambil kereta.
  3. Si B tidak pernah mendedahkan lokasi sebenar beliau dan nombor telefon untuk dihubungi.
  4. Si B mendakwa boleh buat bayaran sekali gus dengan memindah tunai ke akaun Si A.

Syukurlan, Si A tidak mendedah mana-mana maklumat perbankan beliau kepada Si B.
Kawan saya bertanya, “Apa motif Si B sebenarnya?”
Saya jawab, “Tentulah dia ingin menipu.”

Kami pun berbincang beberapa perkara bagi memastikan iklan dalam laman web mudah.my lebih terjamin, dan boleh dipercayai. Antaranya ialah perlu ditegaskan hanya bakal pembeli yang berhubung terus melalui telefon dan sedia untuk bertemu secara langsung akan dilayan. Pengiklan (dalam kes ini, Si A) perlu membuat penegasan sebarang SMS/mesej Whatsapp tidak akan dilayan.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook2Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *