0

Cukai peniaga online

“Brader, kita mesti terus hidup.” Osman Tikus.
Dialog di atas menjadi kata-kata lagenda dalam filem Seniman Jalanan. Watak Osman Tikus, pelakonnya Pyanhabib Abdul Rahman amat popular dan melekat. Ada beberapa insiden melibatkan pelakon ini yang menjadikannya unik dan diingati. Pyanhabib juga bekas wartawan Utusan Malaysia. Sentuhan beliau dalam proses kreatif saya ialah peranannya sebagai editor novel Rahsia Sebuah Manuskrip. Novel pertama saya pada tahun 2009. Novel tersebut tiada dalam pasaran ketika ini. Maksud saya dalam edaran kedai buku utama seperti MPH atau Borders. Boleh jadi penggemar buku boleh menemui novel tersebut di Chowrasta, Pulau Pinang. Saya tidak pasti. Yang saya pasti, antologi Cerita Gelisah boleh dibeli di Chowrasta.

Tahun 2016, frasa ‘Brader kita mesti terus hidup!’ menjadi judul buku Nasir Jani. Nasir Jani pengarah filem Seniman Jalanan. Bagi saya (mungkin juga kita) yang tidak sempat menonton filem tersebut, tulisan rakan saya ini mungkin boleh membantu. Sila klik imej untuk paparan penuh.

Artikel cikgu Amir

Artikel cikgu Amir

Banyak hal berkisar hidup kebanyakan kita pada tahun 2016. Setiap orang terutama yang berada pada takah pendapat rendah dan sederhana terkesan dengan kos sara hidup. Pelbagai cara dilakukan untuk menyerap kos ini. Ada gesaan buat dua atau tiga kerja. Terkini, peniaga online pula mulai bimbang mendengar cadangan cukai peniaga online. Usah melatah dahulu meski kita tidak setuju. Pada saya, secara peribadi strukturnya akan sama seperti peniaga offline. Yakni, peniaga online yang berupaya membuat jualan tahunan RM500 ribu dan ke atas sahaja. Adalah diharapkan ada mekanisma yang teratur dari semua pihak. Peniaga kecil perlu ada dokumentasi kewangan bagi tujuan percukaian. Tidak semua dicukaikan melainkan terdapat aliran tunai positif. Jika aliran tunai perniagaan enterprise atau PLT tidak menunjukkan keuntungan, pada tahun semasa cukai dikecualikan. Mengapa saya sebut enterprise dan PLT sahaja? Hal ini kerana, bagi pemilik syarikat laporan kewangan ini boleh dibuat dengan menggunakan khidmat setiausaha syarikat yang mendapat syarikat.

Taksiran cukai menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tahun 2016 adalah seperti berikut:
(a) Syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta
RM500,000 yang pertama – 19%
Baki Seterusnya – 24%

(b) Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta – 24%

Maksudnya? Peniaga bukan pemilik syarikat yang mempunyai perniagaan enterprise/trading/PLT dikehendaki membayar cukai barangan dan perkhidmatan (CBP alias GST) sekiranya mempunyai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai melebihi nilai ambang RM500,000. Online / Offline hanyalah kaedah berniaga. Yang memilih online disebabkan tidak mahu menyewa premis. Manakala yang berniaga secara offline, peniaga yang mempunyai premis atau mampu (dan sanggup) menyewa tapak perniagaan.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *