rakan
0

Broga

Jam 5.00 pagi, aku memulakan perjalanan. Menyusuri jalan Sungai Chua , Kajang, Lebuh Raya Kajang – Seremban (LEKAS). Susur keluar ke pekan Semenyih 500 meter dari plaza tol Kajang Selatan. Kemudian ke kanan hingga lampu isyarat bersebelahan Semenyih Sentral. Landmark lampu isyarat ini adalah Hotel Smart. Perjalanan sepatutnya diteruskan dengan membelok ke kiri dan belok kanan sehingga jumpa simpang ke Broga. Tetapi pagi itu, aku hadapi masalah untuk mengaktifkan langganan internet. Terpaksalah aku berhenti di kedai Seven-E Semenyih Sentral untuk bertanya jalan. Jarak dari Bandar Baru Bangi ke Semenyih hanya 22 kilometer. Aku tidak menyusur jalan Bangi Lama kerana faktor keselamatan. Bimbang kalau-kalau terserempak babi hutan yang sasau melintas jalan. Jalan Bangi lama agak berliku dan gelap.

Setelah menemui simpang ke Broga, aku teruskan perjalanan ke stesen Shell di hadapannya. Rakan sependakian, Abror sedia menunggu di sana untuk solat Subuh. Dia sampai seperti yang dijadualkannya iaitu tepat 5.30 pagi. Kata orang putih, “He walks the talk.” Manakala aku pula terlewat 7 minit kerana berhenti lama bertanyakan jalan di Semenyih Sentral. Lama tidak lama, 10 minit juga perjalanan tergendala di situ. Sesudah solat, kami memulakan perjalanan ke Bukit Broga. Menyusur jalan depan kampus Universiti Nottingham jaraknya tidak sampai 800 meter dari universiti tersebut. Kami memulakan pendakian seawal 6.20 pagi. Kaki bukit meriah dengan aktiviti jual beli peralatan mendaki malam seperti lampu suluh, tongkat, air mineral. Ada pula pihak yang berkhidmat sebagai pengawal kenderaan dengan caj RM2.00 bagi setiap kenderaan. Pagi itu pengunjung tidaklah seramai seperti kunjunganku terdahulu. Mungkin disebabkan musim hujan. Pagi itu, cuaca baik dan hujan tidak turun seperti yang melanda pantai timur. Bahkan di pantai timur banjir sudah hampir melumpuhkan beberapa daerah.

puncak Broga

Puncak Broga, 400 m

Kami tiba di puncak pertama jam 6.50 pagi. Pendakian sejauh 1.7 kilometer tidaklah memenatkan. Tidak sepenat mendaki Gunung Chenuang misalnya. Jam 7.20 pagi kami tiba di puncak Broga.

Pada kali ini aku bertemu dengan kumpulan pendaki dengan misi unik. Mereka mendaki dan kemudian mengutip sampah semasa menuruni bukit. Betapa kesedaran sivik dari segi kebersihan sesetengah kita amat rendah. Di atas bukit tidak disediakan tong sampah, tetapi itu bukan alasan untuk sesiapa sahaja membuang sampah di merata-rata. Hanya kali ini aku membawa bakal sampah berupa botol air mineral. Menjadi amalanku dalam mana-mana sesi pendakian atau rentas hutan tidak membawa air.

rakan

Rakan sependakian. Wartawan media (cetak dan online) arus perdana

tanah kaki bukit

tanah kaki bukit

dahri

dahri

senduduk

Senduduk

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *