0

Anakku

razin_itqanPejam celik sudah genap setahun usianya. Pada usianya tiga hari, dia dimasukkan ke wad kerana demam kuning. Terpaksalah kami menjaganya di HSNZ. Kemudian dia masuk wad kali kedua pada pertengahan Julai kerana demam. Ketika itu saya terpaksa mengambil cuti kecemasan selama dua hari iaitu pada hari Khamis, sedangkan dia dimasukkan ke wad bermula Selasa. Pada kali kedua, dia ditahan selama lima hari. Saya ingat pada ketika saya ditahan di wad, ayah sanggup ke Hospital Besar Kuala Terengganu (nama lama HSNZ) yang jauhnya kira-kira 60 kilometer. Ayah sanggup berhabis wang menggunakan perkhidmatan teksi dan van sapu. Waktu itu van sapu menjadi pilihan untuk ke pekan Kuala Berang. Jarak kampung kami 18 kilometer. Bayarannya RM1.00. Khidmat teksi pula diguna bagi perjalanan ke Kuala Terengganu. Waktu itu tambangnya RM3.50. Waktu beredar dan tambang van sapu serta teksi tika ini masing-masing RM3 dan RM7.00. Tetapi untuk ke mana-mana, ayah tidak lagi menggunakan khidmat van atau teksi. Ayah dihadiahkan kereta oleh salah seorang anaknya.
Hal pengorbanan ayah sanggup berulang-alik ke hospital menjaga saya selang dua hari amat saya ingati. Ketika itu saya berusia sembilan tahun. Saya ditahan di wad selama dua minggu pada bulan puasa. Sebab itu apabila isteri saya bertanya, “Mengapa sanggup balik juga?” Dan saya tidak menjawabnya kerana saya mahu dia sendiri berfikir akan tanggungjawab. Menjadi tanggungjawab sebagai bapa pulang dalam keadaan anak dimasukkan ke wad. Tidak adil jika saya membiarkan isteri saya sendirian menjaga Razin di wad sepanjang lima hari itu. Pengorbanan isteri saya juga tidak kurang hebatnya. Isteri sepupu saya yang bertugas di hospital tersebut menegurnya, “Semalam jumpa pakai baju ini juga.” Betapa itulah hakikatnya. Anak kecil ini langsung tidak boleh berenggang dari ibunya. Kadang-kadang apabila saya pulang sekali sebulan, dia mengambil masa juga untuk mesra dengan saya. Pertama kali jumpa, apabila disuakan tangan untuk mendukungnya, dia akan menangis. Selepas setengah hari baharulah keadaan itu beransur baik. Dia akan jadi mesra dengan saya.

Hari ini anakku genap setahun.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *