0

Akan terbit

Antologi Kumpulan Cerpen persendirian yang pertama dicadangkan dengan tajuk cerpen yang benar-benar bermakna bagi saya. Tajuk cerpen itu dan cerpen itu sendiri memberi pulangan paling lumayan dalam sekian banyak cerpen yang pernah saya tukangi. “Lumayan yang bagaimana?” Akan soalan ini jawabnya, “Memenangi sayembara walaupun bukan terpat pertama.” Hal ini saya tidak ceritakan kepada pihak yang menerima cadangan manuskrip tersebut. Pun begitu, penerbit meminta izin bagi menukar tajuk kumpulan cerpen tersebut. Hal itu bersesuaian dengan kebolehupayaan pereka grafik kulit buku melakar imej yang ‘real’ dan menarik. Saya mengizinkan.

Setakat nota ringkas ini ditulis, perkara tersebut dilalui:

  1. Membuat permohonan terbit semula karya
  2. Menyediakan prakata
  3. Menilai dan memilih kulit buku yang dicadang oleh penerbit
  4. Menandatangan perjanjian penerbitan karya
  5. Penerbit dalam proses mencetak

Saya boleh jadi berlaku tidak jujur jika berkata tidak teruja, atau tidak sabar-sabar untuk memegang naskhah tersebut. Pun begitu, saya faham kitaran penerbitan sesebuah buku tidak semudah yang disangka. Penerbit ada kerangka waktu mereka sendiri. Penerbit menangani banyak judul dan penulis. Sebab itu saya tidak hairan jika ada rakan bertanya (atau menyindir), “Eh, sudah lama hantar manuskrip – takkan tidak siap cetak lagi?” “Kawan, saya tahu anda banyak modal untuk cetak sendiri tanpa perlu melalui proses pemurnian, perjanjian penerbitan dan keluar masuk mesyuarat seperti halnya karya yang akan diterbit ini.” Ada orang kata, “Kualiti terbit sendiri bergantung kepada modal dan editor.” Saya, di samping tidak mahu menyediakan modal sebenarnya mementingkan ehwal kualiti kerana manuskrip ditangani editor bertauliah. Percayakah anda? Ada buku yang diterbit sendiri tidak mementingkan aspek bahasa.
Saya berpuas hati dengan justifikasi penerbit berkaitan kerangka waktu (timeline), dan kerana itu saya bersedia menulis catatan ini. Saya andaikan proses
penerbitan antologi persendirian ini siap 80 peratus. Semoga dimudahkan segala urusan.

Kongsi artikel ini..Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Email this to someone

Hanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *